Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Order Grab Untuk Intip Kereta Suami Di Parkir, Akak Ni Memang Another Level!

Maliah Surip
11/10/2023 12:39 MYT
Perkhidmatan Perniagaan Pengantaraan (e-hailing) seperti Grab atau Lalamove bukan sebuah perkhidmatan yang asing dalam kalangan pengguna masa kini.

Namun kadang-kadang ada dalam kalangan pengguna e-hailing menggunakan perkhidmatan ini dengan kaedah ‘di luar kotak’.

Salah satu permintaan pengguna perkhidmatan e-hailing yang mencuri tumpuan sekali gus menimbulkan rasa gelihati dalam kalangan netizen datangnya dari seorang pelanggan wanita.

Menerusi perkongsian perbualan di aplikasi perkhidmatan Grab, seorang pemandu e-hailing telah mendapat tempahan pelanggan yang agak unik dan ‘another level’.

Antara isi perbualan yang tidak didedahkan identitinya adalah wanita tersebut meminta khidmat untuk melakukan ‘kerja senang’.

“Akak nak suruh kerja senang saja. Tengok kereta suami akak ada tak di parkir rumah akak,” tulis wanita tersebut.

Permintaan itu kemudian dibalas pemandu e-hailing dengan pertanyaan.

“Bukan ambil barang ke?”soalnya sebelum dibalas: “Bukan, tolong tengok kereta saja.”

Perkongsian dari Kajang Group di Facebook itu telah menimbulkan rasa lucu dan ramai yang meninggalkan komen berbaur jenaka.

Secara umumnya, kenderaan e-hailing ialah kenderaan persendirian yang digunakan untuk memberi perkhidmatan pengangkutan awam kepada penumpang yang menempah melalui aplikasi elektronik.

Kebiasaannya pelanggan akan menempah untuk tujuan bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain atau penghantaran barangan.

#Viral #Suami #Grab #Kereta #Intip
;