Order Online & Boleh Terus Makan Dalam Kereta! Mudah & Selamat!
Ketika dunia berdepan dengan pandemik COVID-19, sektor yang turut terkesan pastinya restoran, premis atau kedai makan.
Menerusi satu posting yang viral ketika ini, perkhidmatan tersebut dikenali sebagai #HidanganKereta.
Beberapa gambar dimuat naik menunjukkan pekerja akan menghantar terus ke dalam kereta dan pelanggan boleh menikmati hidangan tersebut.
Malah, dulang juga disediakan untuk memudahkan pelanggan meletakkan hidangan di dalam kereta.
Namun, apa yang lebih menarik, pelanggan tidak perlu turun daripada kereta untuk memesan makanan, sebaliknya hanya perlu berbuat demikian secara atas talian.
Pemeriksaan suhu juga dilakukan restoran tersebut.
Anda boleh posting berkenaan di bawah.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya menyifatkan keadah tersebut sangat bertepatan dengan situasi sekarang.
Selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), orang ramai boleh menikmati hidangan secara selamat.
Diharapkan juga akan ramai restoran yang mempraktikan keadah sebegini.