Hiburan
Order PS5, Sekali Yang Sampai Rumah? Makanan Kucing, Anjing & ...
Kisah berkaitan permainan konsol Playstation 5 masih belum reda apabila baru-baru ini berlaku masalah membabitkan penghantaran di United Kingdom (UK).
Isu tersebut timbul apabila ada pelanggan yang membuat pra tempahan PlayStation 5 (PS5) melalui Amazon UK telah menyatakan mereka masih tidak menerima konsol tersebut.
Lebih menyedihkan, terdapat juga beberappa pelanggan yang mengadu mereka telah menerima produk lain dan bukannya PS5.
Selain alat elektronik seperti Air Fryer, ramai juga mendakwa mereka menerima mesin pembuat kopi, pengurut kaki serta makanan kucing.
Kisah berkenaan telah menjadi perdebatan ‘hangat’ dan isu panas hinggga ada yang menganggap mereka telah menjadi mangsa penipuan atau ‘scammer’.
Bimbang sekiranya isu tersebut diperbesarkan, pihak Amazon UK kemudian menyatakan pembeli perlu menunggu sehingga 48 jam jika kurier tersebut akan menghantar PS5 berkenaan.
Walaubagaimanapun jika isu tersebut masih berlarutan, syarikat itu turut menyediakan hadiah percuma sebagai pampasan.
Thanks @AmazonUK for sending me this instead of the ps5 I ordered. And then telling me sorry, we can't send you the item you actually ordered because we ran out. So you're gonna have to wait over 10 days for a refund. Absolute shambles pic.twitter.com/2slEFxKxlc
— Kirsty (@oopssimafan) November 20, 2020
Untuk rekod, di Malaysia PlayStation 5 edisi digital dijual pada harga RM1869 dan versi dengan pemacu optik Ultra HD Blu-ray pula pada harga RM2299.
Turut diumumkan ialah harga aksesori rasmi pengawal DualSense (RM349), fon kepala Pulse 3D (RM469), HD Camera (RM279), Media Remote (RM149) dan Dual Sense Charger (RM149).
Mereka yang membuat pra tempahan akan menerima konsol berkenaan pada 11 Disember.
Gambar: Twitter, Amanz
Must-Watch Video