Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Organ Dalaman Tak Mahu Kacau" - Nourul Depp Tak Berkenan 'Potong' Perut Nak Cepat Kurus

ZULHILMI JALIL 25/08/2020 | 04:04 MYT
Penyanyi Nourul Depp mengakui dirinya tidak berkenan untuk melakukan sebarang bentuk prosedur rawatan perubatan bagi mendapatkan bentuk badan kurus dengan cara mudah.
Menurut Nourul, dia lebih selesa untuk memilih menggunakan pendekatan secara semula jadi dengan menjalani rutin gaya hidup sihat.
"Maaf, kami anti potong perut. Tak semula jadi walaupun doktor kata okay. Anti pembedahan itu sahaja, tapi tak anti orang yang dah buat. Itu pilihan masing-masing. Risiko masing-masing.
"Kita manusia ni memang dah terbiasa nak apa-apa nak cepat. Walaupun kita tahu kelebihan bersabar dan usaha. Shortcut tak bawa apa-apa kebaikan, malah merosakkan," katanya.
Menurut Nourul lagi, sekalipun ingin melakukan sebarang rawatan bagi membantu menguruskan badan, perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan memilih gaya hidup aktif.
"Boleh nak kurus nak pergi liposuction (sedut lemak), nak pi tummy tuck (buang lebihan otot perut kendur) semua tu. Tapi kena bersenam dulu sampai turun berat.
"Lepas tu nak pergi sedut ke apa, pergilah. Tapi tak mahu yang potong-potong perut tu, organ dalaman tak mahu kacau. Buat yang semula jadi, jaga makan, kekal aktif, pergi bersenam," katanya.
Jelasnya lagi, bagi mereka yang ingin kurus sememangnya tiada jalan singkat untuk mendapatkan bentuk badan ideal.
"Badan tu dah lama dok bagi makan macam-macam. Badan kita tak ada magik nak ubah waktu tu juga. Nak gemuk ambil masa, nak kurus pun ambil masa.
"Dia tak datang bergolek atau dengan sekelip mata saja. Semua perlukan masa. Tak ada yang ajaib," nasihatnya menerusi satu entri di Instagram.

Buat ja walaupun terasa penat. Nak sihat ni kena usaha. Nak cantik, kena usaha. Nak slim, kena usaha. Nak apa pun, kena usaha. Dia tak mai bergolek atau dengan sekelip mata saja. Semua perlukan masa. Takdak yang ajaib. Kita manusia ni memang dah terbiasa nak apa apa , nak cepat. Walaupun kita tau kelebihan bersabar dan usaha. Shortcut tak bawak apa apa kebaikan. Malah merosakkan. Boleh nak kuruih nak pi liposuction, nak pi tummy tug semua. Tapi kena bersenam dulu sampai turun berat. Lepas tu nak pi sedut ka apa ka, pi la. Tapi takmau yang potong2 perut tu. Organ dalaman tak mau kacau. Buat yang semulajadi. Jaga makan. Stay active. Pi exercise. Buat step by step. Buat apa nak rush. Nak laju laju , nak pi mana? Badan tu dah lama dok bagi makan macam2. Badan kita takdak magic nak ubah la la tu. Nak gemuk ambik masa, nak kurus pun ambik masa. Maaf , kami anti potong perut. Tak semulajadi walaupun doktor kata okay. Anti operation itu saja , tapi tak anti orang yang dah buat. Itu pilihan masing2. Risiko masing2. Exercise. Lepas tu nak pi tummy tug tu takpa. Sebab luaran. Tapi lepas tu lagi hangpa kena exercise untuk jaga. Bukan untuk shortcut cantik sat ja. Lagi banyak qeja nak buat. #nouruldepp #nouruldeppshares #nouruldeppsays #nouruldeppqoutes #ladydepp #teamdivakurusbynouruldepp #divakurusbynouruldepp

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Nourul merupakan antara artis yang terkenal dengan amalan gaya hidup sihat.
Bahkan, pelantun lagu Kerana Terluka itu juga sering berkongsi teknik senaman dan pemakanan sihat secara live di Instagram miliknya.
#Kurus #Nourul Depp #Potong Perut
;