Tinggal kurang dua minggu sahaja lagi untuk kumpulan rock lagenda XPDC dan MAY bakal beraksi untuk konsert Metal Return 1.0 pada 15 Disember ini.

Dianjurkan oleh Ladyboss Studio yang berpangkalan di Ipoh, konsert ini dijangka akan menggamit nostalgia para peminat tegar kumpulan serta muzik era tersebut.

Lebih menarik lagi, XPDC yang tampil dengan album terbaru berjudul Doa (Dakwah Only Allah) akan menampilkan lagu-lagu popular serta lagu-lagu terkini yang mempunyai mesej berunsur dakwah.

Tiket untuk menonton Konsert Metal Return 1.0 Live ini dibawakan dalam tiga kategori iaitu VIP ZONE dengan harga RM150 di mana peminat berpeluang hadir dalam sesi meet & greet XPDC dan May dalam majlis hi tea.

Pemilik tiket ini juga layak mendapat T shirt logo VIP serta dapat bersama dalam sesi soundcheck bersama artis.

Manakala kategori kedua iaitu METAL ZONE berharga RM95 akan mendapat T shirt dan kategori ketiga iaitu METAL ZONE berharga RM60.

Konsert yang berlangsung selama 12 jam ini menampilkan 15 kumpulan termasuk tamu undangan seperti Sparrow, Gfoss, Rockvival, Chronology, Ur's, Portzero, Granite, Sniperz, Septiktone, Hakikat, Trivia, Ubs Band, Metalluka, Holysnake dan Farasu yang turut beraksi.

Konsert Metal Return 1.0 Live ini akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh bermula jam 9 malam.

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi talian 017-5787728, 019-5578855 atau 013-2364057 atau layari laman www.stubapp.com.