VIRAL
"The Other Side Of Him Yang Mungkin Tak Ramai Akan Nampak .." - Video Haqiem Rusli Alun Ayat Al-Quran Jadi Perhatian Netizen
Baru-baru ini, nama penyanyi Haqiem Rusli mendapat perhatian warganet selepas tular sebuah video miliknya di media sosial.
Rakaman video yang menunjukkan Haqiem sedang membaca ayat suci Al-Quran ketika lewat malam itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @sapiksam_.
"Tengah lena diulit mimpi, ingat kan apa yang terang tadi pastu ada bunyi orang mengaji.
"Toleh adui segan rasanya..Waktu-waktu macam ni dia luangkan masanya dengan sang pencipta.
"Allahu sorry @HaqiemRusli record senyap-senyap,"tulisnya di laman Twitter.
Perkongsian itu telah mendapat pujian dan respon positif daripada peminat Haqiem.tengah lena diulit mimpi , ingat kan apa yg terang td pastu ada bunyi org mengaji.. toleh2 adui segan rasanya .. waktu2 mcm ni dia luangkan masa nya dgn sang pencipta ,Allahu.. sorry @HaqiemRusli record senyap2 . pic.twitter.com/e5N6QkrK9a— Sapiksam (@sapiksam_) November 12, 2019
Malah terdapat segelintir pengikut berpendapat sikap tersebut perlu dijadikan contoh terutamanya kepada golongan anak muda.


Terdahulu, pelantun lagu Lembah Kesepian ini mengakui tidak akan memuat naik foto bersama wanita yang tidak menutup aurat di akaun miliknya.
Must-Watch Video