Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Our Childhood Memories, Terima Kasih…” - Artis Manga Doraemon, Fujiko A. Fujio Meninggal Dunia

Mya Amri
08/04/2022 02:34 MYT
Artis manga dan juga pencipta bersama animasi popular Jepun, Doraemon, Fujiko A. Fujio meninggal dunia di usia 88 tahun.

Difahamkan Fujiko menghembuskan nafas terakhir di kediamannya bertempat di daerah Kawasaki, Kanagawa, Jepun pada Khamis.

Menurut laporan media Jepun, polis menerima panggilan melaporkan tentang keadaan seorang individu telah rebah kira-kira jam 8:40 pagi di kediamannya.

Bagaimanapun Fujiko atau nama sebenarnya Motoo Abiko telah pun meninggal dunia sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian.

Polis kini sedang menyiasat butir-butir kematian Fujiko dan mendedahan hasil pemeriksaan sepintas lalu mendapati mendiang tidak mengalami sebarang kecederaan atau luka yang mencurigakan.

Sementara itu, nama Doraemon menjadi trending di media sosial Twitter selepas berita kematian Fujiko dilaporkan.

Rata-rata netizen berasa sedih dan mengucapkan takziah buat keluarga mendiang selain mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil bersama komik Doraemon.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, selain Doraemon, Fujiko juga dikenali dengan karyanya yang berjudul Ninja Hattori dan Little Ghost Q-Taro.

Fujiko A. Fujio sebelum ini bekerjasama dengan Fujiko F. Fujio atau nama sebenarnya Hiroshima Fujimoto yang merupakan rakannya sejak kecil.

Namun Fujimoto yang merupakan pencipta Doraemon telah meninggal dunia pada tahun 1996.

Kedua-duanya menggunakan nama samaran kolektif Fujiko Fujio yang membuatkan mereka terkenal di dunia sehingga kini dengan karya Doraemon.

Doraemon mengisahkan tentang seekor robot kucing dari masa depan dan bersahabat dengan seorang budak lelaki bernama Nobita yang sudah dianggap seperti keluarga.

#Jepun #Doraemon #Artis Manga Doraemon Meninggal Dunia #Fujiko A. Fujio #Komik Jepun #Manga