Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Over Workout Otot Pecah, Buang Air Kecil Jadi Warna Hitam" - Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital, Hari-Hari Menangis Sakit

Amri Hassan
08/12/2020 04:20 MYT
Penyanyi Amira Othman terkejut dan segera mendapatkan rawatan di hospital apabila urinnya didapati berwarna hitam baru-baru ini.

Hal itu susulan daripada aktiviti sukan berlebihan yang dilakukan awal bulan ini bersama teman baiknya.

Kongsi Amira di Instagram, ekoran senaman berlebihan, otot pada badannya pecah dan berdarah hingga mengganggu fungsi organ dalam badan termasuk buah pinggang dan limpa.

"Kenapa boleh kena buah pinggang dan limpa? Sebab over workout tu otot pecah dan berdarah.

"Jadi, darah itu lalu organ-organ dalam badan ni, dia kacau buah pinggang dan limpa, itulah yang buang air kecil warna hitam.

"Alhamdullillah saya bernasib baik sebab buah pinggang okey. Sekarang doktor tengah pantau limpa," katanya.

A post shared by @amiraaothman


Amira akui setiap hari menangis ekoran kesakitan yang dialami namun menganggap ia sebahagian daripada ujian.

"Saya hari-hari nangis sebab bisa bangun sakit tidur sakit, duduk sakit tapi apa nak buat. Adalah sebab kenapa benda ni jadi. Ada hikmah Allah dah susun.

"Doa orang sakit macam malaikat kata ustaz. Makbul," ujar Amira lagi.




Justeru, pesan Amira agar berwaspada ketika bersukan agar tidak melarat kemudian hari.

"Ingat ya buat apa pun jangan melampau. Jangan paksa diri sibuk nak kurus nak fit hujung-hujung terbaring atas katil hospital.

"Buat benda semua berpada-pada. Badan manusia ni lain-lain. Ada orang boleh buat lebih daripada kita, ada orang tak boleh terima berlebih-lebihan jadi kena kenal diri sendiri.

"Bersederhanalah buat apa pun termasuk bersukan. Sumpah scary. Sakit dia luar biasa," tambahnya.



#Sakit #Amira Othman #hospital
;