Viral

'Oyen' Tersangkut Lubang Dinding Gara-Gara Kejar Lipas!

gempak
Gempak
20/02/2024
06:30 MYT
Sponsor Banner
'Oyen' Tersangkut Lubang Dinding Gara-Gara Kejar Lipas!
Angkara mengejar lipas, 'Oyen' terpaksa menanggung kesakitan selama hampir dua jam selepas tersangkut pada lubang dinding rumah dalam kejadian di Taman Sunny di Kota Kinabalu, Sabah, pada Sabtu lalu.

BERITA TRENDING: Tak Nak Pergi Vaksi, Oyen Buat Hal Nyorok Dalam Meter Kereta! - "Dia Punya Akal Boleh Buat Bibik Panas Hati"

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi, pemilik kucing berwarna jingga dan putih itu terpaksa menghubungi pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.
Pegawai Bencana Operasi APM Kota Kinabalu, Ezra Gandui Daniel berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.59 pagi.
"Setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan leher kucing tersangkut pada dinding rumah dan difahamkan haiwan itu tersangkut selepas mengejar lipas sehingga ke lubang tersebut.
"Setelah menilai keadaan, pasukan kami mendapat kebenaran daripada pengadu untuk memecahkan tembok dinding rumah pengadu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

BERITA TRENDING: Oyen Curi Tumpuan Di Zoo Negara, Ini 5 Perangai Kucing Warna Oren Yang Korang Perlu Tahu!

Katanya lagi, susulan daripada itu operasi berjaya menyelamatkan kucing tersebut.
"Anggota juga bertindak melindungi kucing tersebut dengan selamat menggunakan selimut semasa memecahkan tembok rumah pengadu dan kucing itu berjaya diselamatkan selepas satu jam 45 minit terperangkap.
"Tiada sebarang kerosakan peralatan dan kecederaan terhadap anggota yang berlaku semasa di lokasi. Operasi kemudian ditamatkan kira-kira jam 1.30 petang," katanya.
Sebelum itu, Ezra berkata, kucing tersebut adalah haiwan yang sama yang pernah diselamatkan di rumah dan di lubang yang sama. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live