Laman Utama

Ozlynn Rindu Anak Yang Belajar Di Ireland, Sempat Titip Pesan Buat Ariq - “Jangan Tinggal Solat Anakku”

gempak
Azwa Rahman
23/12/2021
07:40 MYT
Sponsor Banner
Ozlynn Rindu Anak Yang Belajar Di Ireland, Sempat Titip Pesan Buat Ariq - “Jangan Tinggal Solat Anakku”
Pelakon Ozlynn Wati meluahkan rasa rindu pada anak sulungnya, Ariq, yang kini sedang menyambung pengajiannya di Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.
Menurut Ozlynn, walaupun terpisah benua, dia bersyukur apabila Ariq setiap hari menghubungi dia dan Johan.
Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn memuat naik foto terkini Ariq beserta titipan doa buat anaknya itu.
“Rindu, mama sayang abang. Mama rindu abang. Terima kasih setiap hari call dan text mama papa. Anak soleh papa dan mama, amin.
“Dia hantar gambar pakai jubah baru lepas maghrib. Alhamdulillah, jangan tinggal solat anakku. Semoga Allah lindungimu. Papa dan mama tak akan lelah untuk mengingatkan dan menasihatimu,” tulis Ozlynn di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ariq yang berada di dalam bilik segak mengenakan jubah berona biru muda.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Ozlynn yang tinggal berjauhan dan sedang merindui anaknya.
Malah, kata-kata positif turut diucapkan kepada Ariq untuk dia menimba ilmu yang bermanfaat di luar negara.
“Jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati dan diingati. Abang Ariq anak yang baik, yang soleh. Semoga yang baik-baik sahaja di sana dan dipermudahkan segala urusan,” komen seorang wargamaya.
“Alhamdulillah kedua ibu bapanya bijak mendidik anaknya dunia akhirat,” puji seorang wargamaya.
“Yang pernah berjauhan dengan anak sahaja yang tahu. Setiap saat berdoa untuk keselamatan kesihatan semoga dilindungi,” ujar seorang wargamaya.
“Sebijik muka mama ni. Semoga jadi anak yang soleh, anak yang faham agama Allah, amin,” kata seorang wargamaya.
“Rindulah abang Ariq cakap cina. Semoga abang Ariq sihat selalu dan diberkati Allah untuk menuntut ilmu,” doa seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 68,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Selain Ariq, perkahwinan pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan, Cherdiq.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live