Pelakon dan pengacara kacak Henry Golding menerusi Instagram memberitahu dia menjadikan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai inspirasi dalam kerjayanya.

Anak kelahiran Sarawak ini juga menyifatkan seniman tersebut seorang yang berbakat besar seperti selebriti luar negara iaitu Frank Sinatra dan Charlie Chaplin.

"Ketika ditanya oleh @hollywoodreporter siapakah individu yang telah menginspirasikan saya sejak kecil lagi, beliau adalah P. Ramlee.

"Beliau boleh menyanyi, berlakon, menulis dan mencipta pelbagai naskah yang sehingga hari ini dapat diingati.

"Malah beliau masih seorang hero dalam Asia hari ini," luahnya kepada portal hiburan berbahasa Inggeris.

When @hollywoodreporter asked about who inspired me as a kid growing up, without fail... This man ??? if you know, you know ?

A post shared by Henry Golding (@henrygolding) on



Dalam perkembangan kerjaya, Henry Golding atau nama penuhnya, Henry Ewan Golding bakal muncul menerusi Filem Crazy Rich Asians pada pertengahan bulan Ogos ini.

Selain itu, jejaka kacak ini juga merupakan rakyat Malaysia pertama muncul dalam The Ellen DeGeneres Show.

Foto: The Hollywood Reporter, Google