Gaya Hidup
Pablo Amirul Sanggup Amalkan Tekan Tubi 1000 Kali Untuk Kekal Sado
Pelakon filem Polis Evo, Pablo Amirul akui mengamalkan senaman tekan tubi sebanyak 1000 kali sehari untuk memastikan badannya kekal tegap dan bertenaga.
Menerusi laporan Portal Murai, aktor yang memegang watak antagonis dalam filem Polis Evo ini sentiasa mengawal pemakanannya dan memastikan senaman tekan tubi yang dilakukan harus konsisten.
“Saya akan bahagikan senaman tersebut kepada dua bahagian iaitu waktu pagi dan malam.
“Pada awal pagi selepas bangun tidur, saya akan tekan tubi sebanyak 50 kali untuk satu set. Jadi untuk memastikan ia cukup 500 tekan tubi bermakna sebanyak 10 set saya akan buat.
“Bgitu juga pada waktu malam, saya akan pastikan senaman saya sentiasa konsisten untuk mengekalkan badan yang fit.
“Senaman seumpama ini memerlukan disiplin yang kuat, daya ketahanan fizikal yang tinggi dan tidak boleh dibuat dengan sambil lewa,” katanya.
Selain itu, Pablo juga menjelaskan dia tidak mengambil sebarang suplimen sebaliknya lebih gemar mengamalkan pemakanan organic seperti ulam-ulaman.
“Saya lebih gemar ikut cara pemakanan orang-orang terdahulu yang gemar makan makanan berasaskan sumber alam.
“Jadi sebab itu saya tak ambil sebarang suplimen dan hanya lebihkan sayur-sayuran. Sebenarnya saya seorang yang kuat makan.
“Tapi saya bersyukur kerana disebabkan metabolism saya tinggi, makanan yang dimakan akan diproses dengan cepat dan risiko untuk berat badan saya bertambah juga adalah rendah.” jelasnya.
Filem Polis Evo telah ditayangkan di pawagam sejak 17 September lalu dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di mana kutipan filem ini mencecah RM 8 juta selepas 11 hari tayangan.
Jadi kepada yang masih belum menonton, apa kata hujung minggu ini bawa keluarga atau rakan-rakan menyaksikan filem hebat ini dipawagam berhampiran.
Susunan: Mya Amri
Sumber: Portal Murai