Gaya Hidup
Pacak 10 Khemah, Pasang Pelamin... Majlis Tahnik Anak Bongsu Aliff Syukri Cecah RM400,000!
Usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan telah berbelanja sekitar RM400,000 sempena majlis kesyukuran dan tahnik anak bongsunya, Raudhah Arshiyah hujung minggu lalu.
Kata Aliff, tema majlis ala-ala royal itu dipilihnya sendiri dan mahukan ia berlangsung dengan penuh meriah.
"Saya buat biasa-biasa pun orang kritik, saya buat mahal-mahal pun orang mengata. sebenanya apa masalahnya, duit saya suka hati sayalah.
"Sebenarnya bajet yang ada lebih kurang dalam RM400,000 termasuk pelamin, hiasan dan macam-macam lagi. Saya pun agak cerewet sebenarnya kali ini.
"Tiba-tiba rasa macam majlis kahwin pula," katanya menerusi saluran YouTubenya.
Dedah Aliff lagi, perkarangan kediaman mewahnya telah dipasangkan 15 buah khemah serba putih dan pelamin anaknya itu direka khas dengan bajet mencecah RM100,000.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu popular antaranya Datin Fouziah Gous dan suami, Zarina Zainuddin, Nur Sajat dan ramai lagi.
Aliff dan isteri, Datin Seri Shahida telah berkahwin sekitar Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah yang dilahirkan pada 20 Disember 2019.
Pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat perempuan, Ameena.