Pelakon dan usahawan yang pernah bergelar pengarah wanita termuda, Yana Samsudin membuat satu cadangan yang agak ekstrim untuk orang yang masih tidak mengamalkan cara yang betul dalam menangani wabak Covid- 19.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Yana turut bertanyakan khabar buat mereka yang mula masuk ke pejabat hari ini.

"Assalamualaikum korang. Buat per jer hari ni?Ada yang dah masuk opis ke?

"Apa pun kalau korang dah start kerja tu tetap kena jaga social distancing tau, standby mask & sanitizer selalu," pesan Yana.



Tambah Yana lagi, kepada yang masih mengamalkan cara lama, mereka perlu diingatkan tentang normal baru yang perlu diikuti.

"Pada kawan-kawan korang yang sejenis masih nak bersalam, salam tangan berlaga pipi, bertepuk tampar tu korang boleh sediakan pepper spray okay," seloroh Yana tetapi sinis agar mereka mula mengamalkan cara baru.

Assalamualaikum korang... good morning ? buat per jer hari ni? . . Ader yang dah masuk opis ker? Apa pun kalau korang dah start kerja tu tetap kena jaga social distancing tau, standby mask & sanitizer selalu.. . . Pada kawan2 korang yang sejenis masih nak bersalam, salam tangan berlaga pipi, bertepuk tampar tu korang leh sediakan pepper spray okay..??

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on


Yana yang kini mula bergiat secara aktif sebagai gamers mempunyai pasukan eSportnya sendiri iaitu ySX eSport.

Yana Samsudin berkahwin dengan Fadzil Zahari pada tahun 2015, dan mempunyai seorang cahaya mata, Aisy Mateen.