Laman Utama

"Pada Mulanya Dirisik.."- Terima 'Pinangan', Ogy Ahmad Daud Berdebar Tunggu Majlis Minggu Hadapan

gempak
Syafiqah Jalal
04/12/2022
11:43 MYT
Sponsor Banner
"Pada Mulanya Dirisik.."- Terima 'Pinangan', Ogy Ahmad Daud Berdebar Tunggu Majlis Minggu Hadapan
Pelakon Ogy Ahmad Daud akui sedang berdebar menghitung hari bahagia untuk sebuah majlis istimewa yang bakal diadakan pada minggu hadapan.
Ogy atau nama Fauziah Datuk Ahmad Daud itu memberitahu terdahulu dia telah pun dirisik sebelum menerima pinangan.
"Berdebar-debar hatinya... setelah sekian lama, akhirnya... Alhamdulillah.
"Pada mulanya dirisik, kemudian dia masuk meminang. Pinangan diterima.
"Majlisnya minggu depan. Tak sabarnya kita,"tulisnya.
Pelantun lagu Wajah Rahsia Hati itu berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya semalam.
Status yang dimuat naik pada Sabtu itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata teruja dan gembira serta tertanya siapa gerangannya.
"Nikah dengan siapa tu?," tanya salah seorang pengikutnya.
"Alhamdulilah yeay Kak Ogy nak kahwin," kata salah seorang netizen
"Semoga dipermudahkan segala urusan," doa salah seorang warga maya.
Ogy pernah berkahwin dengan pelakon Eman Manan pada 23 Disember 1990, perkahwinan mereka mendapat liputan meluas daripada media ketika itu.
Bagaimana pun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 13 tahun selepas mereka memfailkan perceraian pada 2 Julai 2003.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024