Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

“Pada Yang Komen Macam Tahu, Tanggunglah Dosa Tu” - Difitnah Isu Golf Dengan Watie, Shuib Akhirnya Bersuara

Mya Amri
27/06/2023 03:50 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Shuib menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia pernah bermain golf bersama isterinya iaitu Watie sebelum berkahwin.

Shuib menjelaskan perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di ruangan Insta Story akaun Instagram miliknya.

Menurut Shuib dia tidak pernah bermain golf bersama Watie seperti dakwaan yang tular dalam sebuah video sebelum ini.

Malah dalam video yang sama juga Shuib memberitahu bahawa suara lelaki yang kedengaran dalam video Watie sedang bermain golf itu adalah rakan isterinya.

“Saja je buat kapsyen buat pertama kali tu sebab memang pertama kali main golf dengan Watie. Jadi pada yang komen-komen macam tahu…

“Tanggunglah dosa-dosa tu eh. Ini lah pertama kali main golf. So kalau kata fasal ‘nice nice’ ke apa, itu orang lain. Itu kawan dia,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shuib & Watie Kini Sah Suami Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Belum Pernah Sekali Pun Manja Main Golf Dengan Shuib” - Ibu Shuib Jawab Dakwaan Netizen

Terdahulu, nama Shuib dan Watie menjadi bualan netizen selepas pasangan ini berkongsi foto mereka sedang seronok bermain golf.

Bagaimanapun hantaran di akaun Instagram Shuib menerima banyak komen negatif susulan kapsyen yang ditulis pelawak itu.

Kapsyen tersebut memberitahu bahawa ini adalah kali pertama Shuib bermain golf bersama Watie.


#Shuib #Fitnah #Golf #Shuib Watie #Watie Hanifiah #Main Golf
;