,
Laman Utama

Padah Curi-Curi Bawa Kereta, Budak Lelaki Berusia 11 Tahun Di Tahan Polis

Izwan Isa
11/06/2023
23:50 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tular memandu kereta Proton Saga ditahan polis di sebuah rumah di Pandamaran di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kanak-kanak itu turut ditahan bersama ayahnya berusia 49 tahun yang juga pemilik kereta terbabit oleh sepasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 1.15 pagi.
BACA: Ikut Secara Rapat, Yamani Cari Pemilik Kereta Nissan Almera Elak Bayar Tol - "Kau Takkan Pergi Jauh, Standby Kena Angkut!"
Menurutnya, kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Trafik IPD Klang Selatan untuk direkod keterangan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah umur dan Seksyen 111 akta sama iaitu bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan.
"Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa maksud melakukan perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Cc : @PDRMsia @PDRMsia_Trafik @PolisSelangor @Jspt_Selangor pic.twitter.com/whupMnRrQF— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) June 11, 2023 Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak leka dan sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak melakukan tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau harta benda orang lain.
Dalam pada itu, katanya, perbuatan menularkan sebarang konten sama ada dalam bentuk video atau gambar secara sewenangnya adalah tidak digalakkan demi menjaga imej dan privasi orang lain, sebaliknya dinasihatkan terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
BACA: Couple Tular Buat Projek Dalam Kereta Ditahan Polis, Kekasih Ada Jenayah Lampau
Sebelum itu, satu klip video berdurasi 1 minit 21 saat tular di media sosial berkenaan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Proton Saga.
Tambah Hoong Fong, kejadian berlaku pada Jumaat kira-kira jam 6 petang di Jalan Kampung Pendamar, Klang.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Peluk, Cium Pelajar Perempuan 12 Tahun, Polis Tahan Guru Penolong Kanan

gempak
15/10/2024
12:55 MYT
Polis menahan seorang Guru Penolong Kanan sebuah sekolah rendah di Ipoh, Perak, bagi membantu siasatan kes cabul terhadap seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun.
Berita

Rakyat Malaysia Digesa Berjaga-Jaga Jika Bercuti Ke Selatan Thailand Sempena Deepavali - Razarudin

gempak
14/10/2024
09:25 MYT
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke sempadan Thailand diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan tujuh serangan dan pengeboman di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu.
Berita

Polis Terima 12 Laporan Kes Buli Anak Tam Spider, Khir Rahman

gempak
09/10/2024
08:00 MYT
Polis akan merekod keterangan beberapa pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah berasrama penuh bagi membantu siasatan kes buli.
Berita

Wanita Warga Emas Potong Suami Pakai Gergaji & Ubah Suai Rumah, Polis Sifatkan Kes Brutal

gempak
06/10/2024
13:55 MYT
Seorang wanita warga emas berusia 53 tahun tidak dibenarkan diikat jamin dan bakal dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Disember depan selepas ditangkap kerana didakwa membunuh suaminya.
Berita

Polis Tahan ‘Atok’, Warga Asing Berpakaian Songsang Sertai Larian Pan Asia 2024

gempak
06/10/2024
08:55 MYT
Tiga lelaki sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden berkelakuan tidak senonoh serta lucah semasa program larian antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi.
BorakSeeni