Pelakon Fathia Latiff membuat keputusan untuk kembali berhijab selepas mencetuskan kontroversi membuka tudung pada tahun lalu.

Menurut Fathia, dia membuat keputusan itu berdasarkan perbincangan dengan ibu dan ahli keluarganya.

"Ibu saya kata, sampai bila saya asyik nak pakai dan buka tudung, kita kena ada pendirian dalam hidup.

"Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pula buat saya banyak luangkan masa bersama keluarga, ada hikmahnya sehingga saya buat keputusan ini," katanya seperti yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah Fathia, dia akui terlalu ego ketika membuat keputusan meninggalkan pemakaian tudung sebelum ini.

"Rasanya saya terlalu ego waktu buat keputusan tanggalkan tudung dulu. Tanpa tudung, perasaan saya tak tenteram dan aman, sekarang saya keluar pun rasa lega," katanya.

Dalam pada itu, Fathia juga bersedia untuk menerima kritikan ekoran tindakannya itu.

"Saya pasti akan ada kritikan, tetapi saya tak boleh buat apa-apa, saya sebenarnya menyukai kritikan, kerana apa yang diperkatakan itu ada betulnya, saya akan belajar dan terima apa yang diperkatakan untuk kebaikan.

"Mereka yang buat saya banyak berubah, walaupun kata-kata mereka agak 'laser' tapi ia ada betulnya, benda-benda baik kenapa saya tak ikut," katanya lagi.

Dalam pada itu, berdasarkan pemerhatian Gempak, Fathia turut memadam semua foto tidak memakai tudung di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan, Fathia telah kembali bertudung sejak bulan Ramadan lalu.

Sumber : Harian Metro