Hiburan
Padam Gambar dan Unfollow Suami di IG, Ada Apa Dengan Rumah Tangga Bekas Penyampai Radio Itu?
Hello hai…Dah masuk 6 Syawal hari ni, macam mana dengan Aidilfitri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) korang semua?
Miss K setakat ni okay je, patuh arahan kerajaan…Tak dapat balik kampung memang sedih tapi demi nak putuskan rantaian COVID-19, Miss K telan je rasa sedih pilu tak boleh kucup tangan dan dahi ayah bonda.
Eh! Miss K straight forward je lah ye…Sebenarnya Miss K ada dapat emel daripada sorang pembaca yang bagitahu dia rindukan Miss K.
Tak sangka ek, ada juga yang rindukan Miss K! Huhuhuhu…Tapi dalam pada duk luah rasa rindu dendam tu dia minta Miss K siasat tentang bekas penyampai radio dan suaminya!
Kata pengirim tu, dia perasan yang penyampai radio tu dah padam semua foto-fotonya bersama suami…Lepas tu unfollow pula suami di media sosial Instagram (IG).
Disebabkan dia peminat siri animasi Detective Conan, dia pergi belek-belek IG dan FB suami penyampai radio ni...
“Dorang dah unfollow each otherlah Miss K…Kalau tengok dekat IG si suami, yang ada pun IG baru isteri dia. Alahhh akaun back-up masa IG isteri dia kena hacked dulu tu…Tapi di IG sang suami masih ada foto isteri dan anak-anak.
“I tak puas hati, I jengah pulak Facebook si suami ni…I perasan yang suami bekas penyampai radio ni ada share dia berbuka puasa dengan masakan ibu dan rasanya dia di Sabah sekarang…
“Lepas tu I sempat jengah IG Story bekas penyampai radio tu pulak, macam sedang bersedih hati je kata-kata dia tu Miss K…Miss K, please siasat…please…” tulis pengirim emel menggunakan nama Nat Gadis Ayu itu.
Haaammboiiii…bukan main sibuk hal rumah tangga orang ye dik! Rupanya you bukan rindukan Miss K tapi lebih kepada nak membawang!
Macam ni lah dik, cuba bawak-bawak istighfar dan fikir yang baik-baik saja? Mungkin ada sebab pasangan suami isteri ni buat macam tu…Hak masing-masing nak follow ke nak unfollow ke…
Yang awak pun rajin benar jadi Detective Conan di bulan Syawal ni ya? Doakanlah yang baik-baik untuk mereka…Jika mereka ada masalah sekali pun, adatlah dalam berumah tangga!
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Miss K: Tengah ikut kes mahkamah pelakon bawa lari isteri orang. Hmmm...Bawa lari ke?