Laman Utama
Padam Gambar Suami, Fatin Afeefa Tenang Buat Kerja Dengan Imej Bertudung - "Sejuk Je Mata Memandang"
Kecoh semalam apabila ramai yang menyedari di akaun Instagram milik pelakon Fatin Afeefa tiada lagi gambar suaminya, Aliff Awang.
Selepas lebih kurang enam bulan mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu, Fatin didakwa telah memadamkannya.
Tidak tahu apa sebabnya namun tindakan Fatin itu telah menimbulkan pertanyaan di kalangan netizen tentang status hubungan mereka suami isteri.
Malah tindakannya itu turut dikaitkan dengan isu suaminya yang lebih dikenali dengan nama Opai didakwa telah menghina pemilik kereta bukan jenis 'supercar' sebelum ini.
Bagaimana pun apa yang menarik perhatian juga, kemas kini terbaharu pelakon itu kini telah menampilkan dirinya dengan imej sopan dan manis bertudung.
Malah ketika isu dia memadam gambar suami diperkatakan, Fatin dilihat mengenakan hijab dan memuat naik video ke InstaStory menunjukkan dia sedang membuat perkiraan atau urusan perniagaan yang sedang dijalankan.
Sejak dia tampil dengan imej itu, ramai pengikit serta netizen memujinya dan mahu dia kekal dengan penampilan berkenaan.
“Cantiknya manis bertung semoga urusan awak dimudahkan,” puji seorang pengikutnya.
“Semoga istiqamah dalam menutup aurat,” pinta seorang warga maya.
“Sejuk je mata memandang,” kata seorang netizen.
Difahamkan imej bertudung itu telah dikekalkan sejak dia pulang dari menunaikan umrah bersama suami pada hujung Ramadan lalu.
Sehingga kini, Fatin masih tidak memberi sebarang penjelasan mengenai tindakannya itu.