Laman Utama
Padam Lebih 7 Juta Akaun Pengguna Bawah Umur, TikTok Panjangkan Durasi Video
Aplikasi TikTok baru baru ini mendedahkan laporan suku tahun pertama platform tersebut dengan mengumumkan telah memadam hampir 7.3 juta akaun milik pengguna bawah umur.
Mengikut peraturan TikTok, aplikasi ini sepatutnya hanya boleh digunakan pengguna 13 tahun dan ke atas. Namun, aplikasi milik ByteDance tersebut telah dibanjiri pengguna bawah umur.
"Kami mengambil keputusan untuk memadam atau membuang akaun pemilik bawah umur bagi melindungi mereka. Tahun ini kami membuang lebih banyak akaun yang dipercayai sebenarnya dimiliki oleh pemilik bawah umur," kata Head of Trust and Safety, TikTok Cormac Keenan, lapor BBC.
Advertisement
TikTok juga melaporkan telah memadam lebih dari 61 juta video yang melanggar peraturan. 82% di antaranya langsung dipadam sebelum ada yang menonton, 91% dsebelum dilaporkan oleh pengguna, dan 93% dipadam dalam waktu 24 jam setelah dimuat naik.
Setelah memadam akaun pemilik bawah umur, TikTok juga membuat keputusan semua akaun pemilik usia di bawah 16 tahun telah menjadi private secara automatik dan disekat akses untuk akaun akaun yang dilabelkan tidak bersesuaian.
Mereka juga memperkenalkan platform khusus untuk pengguna yang berusia bawah 12 tahun iaitu TikTok for Younger Users yang kontennya telah diperhalusi.
Dalam masa yang sama, TikTok memberi kelonggaran durasi video yang dulu hanya boleh dimuat naik selama satu minit menjadi tiga minit.
Pembaharuan itu dibuat demi memberi pengguna aplikasi ini dapat memuat naik video dengan durasi lebih lama dan mendapat kepuasan mengguna seperti video memasak.
Kredit Foto: The Verge
Must-Watch Video