Hiburan

“Padam Sebelum Laporan Dibuat” – Siti Luah Rasa Kecewa, Mohon Hormati Karya Insan Seni

gempak
Mya Amri
20/02/2020
07:11 MYT
Sponsor Banner
“Padam Sebelum Laporan Dibuat” – Siti Luah Rasa Kecewa, Mohon Hormati Karya Insan Seni
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang memuat naik single terbarunya, 7 nasihat di saluran YouTube.
Siti mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Siti, pihaknya bersama Universal Music akan memantau perkara itu dan menegaskan tindakan akan diambil sekiranya video tersebut tidak dipadamkan.
“Lagu baru saya bersama Kmy Kmo dan Luca berjudul Tujuh Nasihat baru saya dilancarkan sejak tengah malam tadi.
“Dukacita, sudah banyak yang memuat naik dan meletakkan di dalam YouTube masing-masing. Saya mohon agar anda menghormati hak cipta dan karya insan seni.
“Pihak syarikat saya, SNP dan Universal Music akan segera memantau hal ini. Saya mohon agar anda yang berbuat demikian dapat memadamkan video tersebut sebelum laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya. Bantu saya dan report akaun berkenaan ya. Terima kasih,” jelasnya.
Terdahulu, single terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dengan kerjasama Universal Music Malaysia ini baru sahaja dilancarkan tengah malam tadi.
Dalam perkembangan lain, lagu berjudul 7 Nasihat itu juga telah menduduki tangga pertama carta i-Tunes Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024