Laman Utama
Padam Semua Foto Isteri Di Laman Sosial, Rumah Tangga Zimi Sofazr Retak Menanti Belah?
Serba salah Miss K nak mulakan ceritakan ni, tapi jujur Miss K terkejut ketika menerima berita ini daripada seorang teman.
Teman Miss K itu beritahu yang rumah tangga komposer dan pemuzik Zimi Sofazr kini umpama retak menanti belah.
Dan khabarnya juga Zimi sudah tidak tinggal sebumbung lagi dengan isteri, manakala anak-anaknya juga ditinggalkan bersama isteri.
“Kau tahu tak Miss K, Zimi dan isterinya sekarang dah tak duduk sebumbung. Katanya tunggu masa saja nak bercerai.
“Ada sumber beritahu aku si isteri sudah tidak tahan lagi dengan Zimi yang mata keranjang. Semua perempuan berdahi licin ‘ditry’nya. Jadi isteri sudah tak tahan!
“Isterinya sekarang kat kampung, bawa anak-anak sekali ada hal nak diselesaikan, kata sumber. Entahlah Miss K, aku perasan juga yang Zimi memang dah padam semua fotonya bersama isteri di media sosial.
“Kata sumber aku lagi, studio Zimi pun dah tak ada…Apa puncanya studio tu ditutup tak tahulah…Ada macam-macam lagi sumber dedahkan kepada aku termasuklah pergaduhan melibatkan laporan polis!
“Itu belum lagi cerita fasal bebanan hutang yang si Zimi tinggalkan dekat isteri dia. Eh…tapi takut nak beritahu semua. Apa kata kau siasat?”
Jadinya, selepas menjalankan siasatan Miss K dapati, memang foto isteri Zimi dah tak ada di laman sosial. Dakwaan-dakwaan lain tu Miss K tak pasti.
Takut juga Miss K nak main teka-teka ni. Dibuatnya salah fakta, haru!
Andai betul cerita ini, Miss K harap isteri Zimi kuat menempuhi dugaan ini namun jika sebaliknya, anggaplah ada pihak yang kurang senang dengan kebahagiaan kalian.
Apapun Miss K harap Zimi tampil menjelaskan keadaan dan status diri yang sebenar supaya tidak menjadi fitnah.
Miss K: Tak suka jantan mata keranjang!