Padam Semua Gambar & Video Tidak Menutup Aurat, Juliana Farhana Beri Bayangan Kini Berhijab Sepenuhnya
Tindakan pelakon Julia Farhana memadam semua gambar dan video yang memperlihatkan dirinya tidak berhijab di laman Instagram mencuri perhatian ramai.
Malah, aktres berusia 29 tahun itu hanya meninggalkan beberapa gambar dirinya yang mengenakan hijab sahaja.
Pun begitu, pada satu video kempen yang dimuat naik sebelum ini, Julia menjelaskan dia belum lagi mengenakan tudung ketika menjalani penggambaran rakaman berkenaan.
“Disclaimer: Rakaman ini dibuat sebelum Ju (Juliana) bertudung. Saya bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan kempen ini seperti mana yang dijadualkan untuk posting,” tulisnya pada kapsyen.
Hal tersebut, sekali gus memberi bayangan bahawa isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz itu kini sudah berhijab sepenuhnya.
Sementara itu, rata-rata rakan selebriti dan peminat dilihat menghujani ruangan balas pada beberapa keping gambar Juliana dengan memuji kecantikannya mengenakan hijab.
“So cantik,” kata pelakon, Nadia Brian.
“Masyallah so beautiful sayang,” ujar penyanyi, Indah Ruhaila.
“Beautiful,” komen aktres Elisya Sandha beserta emoji bentuk hati.