“Padamlah, Aurat...”- Muat Naik Gambar Berurut, Bella Astilah Dikecam

Syafiqah Jalal
September 3, 2020 06:21 MYT
Penyanyi Bella Astilah dikecam gara-gara memuat naik gambar dengan hanya berkain batik ketika sesi mengurut dalam pantang di laman Instagram.
Bella dalam kemas kini tersebut memberitahu dia kini sudah selesai menjalani proses berpantang.
“Akhirnya saya selesai berpantang. Saya kini kembali,” katanya.
Entri tersebut mendapat kecaman dari netizen yang rata-rata tidak senang dengan foto berkemban yang dimuat naik.
“Kalau ya pun nak promote tolonglah tutup lah sikit aurat.
“Tak elok share picture macam ni.
“Dunia...gambar macam ni pun perlu ke nak post
“Kak Bella delete lah aurat,” tegur netizen di ruangan komen.
Pun begitu, Bella tidak membalas komen-komen tersebut sebaliknya hanya mendiamkan diri.
Bella rujuk kembali dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz selepas bercerai pada 16 Mei 2019.
Pasangan ini dikurniakan Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna yang baru berusia 2 bulan.
#Aliff Aziz #Bella Astilah #Pantang #Urut