Hiburan
Padat, Unik & Meriah! Jelajah Assalamualaikum Astro Berakhir Di Kuantan
Siri Ambang Ramadan anjuran Astro, Assalamualaikum Kuantan, di Pahang, negeri terakhir dalam siri penjelajahannya ke Pantai Timur berakhir dengan suasana yang sangat menarik dan meriah.
Bermula di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada 7 Mac dengan 4 pengisian acara yang padat bermula Tazkirah Subuh, Ustaz Dato Hj Badli Shah dan sesi Maghrib oleh Ustaz Dato Zawawi Yusoh.
Sesi Maghrib turut diisi dengan program Tadabbur dan Qasidah Ramadan serta CSR Istimewa Astro. Program ini turut dihadiri Anak Anak Yatim sekitar Kuantan.
Hari terakhir pada 8 Mac lebih berkonsep santai menerusi Astro Ramadan Showcase di Dataran Teluk Cempedak yang menampilkan sisi lebih relaks namun cukup “cool” dengan tayangan program Ramadan Astro, Open Mic Tazkirah oleh Ustaz Fakhrul UNIC, Ustaz Izmir dan PU Amin.
Selain itu, turut diserikan dengan persembahan artis terkenal seperti Hael, Mawi, Firdaus Rahmat, Irfan Haris, UNIC, Putera dan kehadiran hero remaja seperti Jazmy Juma, Jay Iskandar dan Aiman Ameer yang dihoskan oleh Issey dan Fizie dari Saluran Gegar.
Apa yang lebih menarik, anjuran Anugerah Juara Marhaban 24 turut di selitkan dan menarik perhatian pengunjung.
Hari keduaa ini juga menjadi platform bagi pelanggan Astro yang bertuah untuk mendapat “front row seat” dan meet and greet bersama artis yang hadir anjuran Astro Rewards selain menggalakkan promosi tabung khas Ramadan anjuran Astro kasih ESG dengan Kerjasama Yayasan Ikhlas bagi membantu golongan yang memerlukan menerusi https://yayasan Ikhlas.org.my.
Program Jelajah Assalamualaikum Kuantan yang membawa tema “Masa Anugerah Terindah” yang disokong oleh Astro Oasis, Gegar, Zayyan Bersama Kerjasama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan rakan digital Astro Gempak dan Salam Muslim menutup tirainya dengan selawat beramai-ramai tepat jam 11.30 malam bersama orang Kuantan.
Masa Anugerah Terindah.
Must-Watch Video