Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
ANTARABANGSA

Pagani Huayra Roadster BC, model paling mahal jenama itu dijual pada RM14.51 juta

Erywan 01/08/2019 | 01:50 MYT
Pagani baru-baru ini mendedahkan satu daripada model siri pengeluaran paling mahal yang akan dibina. Model yang dimaksudkan ialah Huayra Roadster BC.
Harganya yang ditawarkan mencecah AS$3.5 juta (RM14.51 juta). Jentera itu dipasang enjin 6.0 liter AMG V12 dan membolehkan Huayra Roadster BC meledakkan kuasa sekuat 800hp dengan tork puncak 1,049Nm.
Jika dibandingkan dengan varian BC Coupe dengan enjin V12, nampaknya kuasa ditingkatkan sebanyak 50hp dengan tork 49Nm.
Kuasa enjin dengan padanan kotak gear Xtrac sequential tujuh kelajuan dipindahkan ke roda belakang. Jentera baharu berkenaan menggunakan klac tunggal ringan iaitu 35 peratus lebih ringan berbanding klac berkembar.
Perlu diingatkan bahawa BC Roadster bukannya cemerlang di laluan lurus, tetapi memiliki kelebihan sewaktu mengambil selekoh.
Pagani menyatakan Roadster BC menjana kuasa lateral 1.9G dan jika dibandingkan Bugatti Chiron, ia hanya hasilkan 1.5G.
Ini disebabkan oleh pemakaian tayar Pirelli PZero Trofeo R yang direka khas untuk Pagani supaya lebih melekat.
Pagani Huayra Roadster BC dikatakan akan membuat kemunculan di Minggu Kenderaan Monterey pada bulan ini. Pagani pula hanya akan bina 40 unit model berkenaan dan pastinya menjadi buruan mereka yang meminatinya.
#Drebar #Huayra #Pagani