Laman Utama
“Pagi Baru Jumpa, Petang Dapat Berita Kemalangan...”- Isteri Ajak Hiba, Anak Murid Meninggal Dunia
Isteri pelawak Ajak Shiro, Afifah Amin tidak dapat menyembunyikan rasa hiba apabila mendapat khabar duka mengenai kematian anak muridnya.
Ajak berkongsi momen sedih itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Ajak, Afifah baru sahaja bertemu dengan Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith pada sebelah pagi sebelum menerima berita kematiannya pada petang hari yang sama.
“Pagi semalam baru sahaja dia jumpa anak murid dia. Sebelah petang dapat khabar anak murid dia meninggal kemalangan.
“Dari semalam dia sedih. Sampai berbual dengan saya pun dia tersebut nama arwah Kimi.
“Katanya arwah seorang yang baik, murah senyuman, tak pernah melawan guru. Itu yang membuatkan cikgu-cikgu dia sedih bila dia pergi...
“Semoga ditempatkan bersama insan yang beriman. Al-Fatihah Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith,” coret Ajak.
Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan ucapan takziah buat keluarga arwah.
“Sama-sama kita mendoakan arwah semoga ditempatkan dikalangan orang beriman,”
“Al-Fatihah buat keluarga arwah...” komen sebahagian pengikutnya.
Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga dengan Nur Afifah pada 6 Jun 2009.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, 10, Mohamad Had Thaqif, 7, dan Nada Soffea, 5.
Must-Watch Video