“Pagi-Pagi Anak-Anak Dah Buat Surprise…” – Imam Muda Asyraf Terharu Anak Celebrate Birthday

Mya Amri
Februari 13, 2019 11:23 MYT
Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf terharu dengan kejutan hari jadi yang dibuat oleh dua anak lelakinya, Aisy Raihan,8, dan Aisy Abdurrahman, 4.
Sambutan hari jadi Asyraf yang ke-35 itu disambut secara sederhana oleh mereka sekeluarga di rumah semalam.
Asyraf menerusi akaun Instagramnya berkongsi video pendek yang merakamkan momen istimewa itu.
“Pagi-pagi buta anak-anak dah buat suprise. Kita pun berlakon la acah-acah terkejut… Apapun terima kasih anak-anak abah. Tak lupa juga buat Ummi yang dikasihi.
“Hari ini Abah dah semakin tua. Tapi orang masih panggil Abah Imam Muda. Semoga Abah sedar diri.
“Apa pun hari kelahiran ini yang patut disambut adalah Ayah dan Bonda saya di kampung. Ibulah yang melahirkan, mengandung 9 bulan dan menyusukan dalam kepenatan…
“Semoga hari ini adalah peringatan buat saya bahawa kebaikan dan taubat tiada masa lagi ditangguh.
“Terima kasih buat semua yang memberi ucapan. Maaf jika tak sempat membalas ucapan kalian,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan anak-anak Asyraf yang berusaha untuk membuat kejutan walaupun mereka masih kecil.
Asyraf telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Husna Yusoff pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang puteri, Setiaku Aisyah.
Foto: @imammudaasyraf
#Imam Muda Asyraf #Birthday