Menggabungkan genre seram dan komedi, percaturan dibuat untuk filem Hantu Ke Lima ternyata menjadi.

Buktinya, filem ini telah menerima respon yang cukup positif daripada kebanyakan penonton.

Menerusi platform media sosial, dapat dilihat keterujaan sesetengah mereka apabila tidak henti memuji karya arahan Azhari Zain ini.

Malah, ramai yang menyatakan filem ini penuh dengan lawak jenaka yang ‘pecah perut’.

“Pagi-pagi dah berdekah tengok Hantu Ke Lima”

“Sambil cari mood kerja tu, why not layan dulu”

“Aku tak boleh lah Shiha ni, gerammmm,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info filem berdurasi 90 minit ini mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.

Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri.

Pada masa sama, TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur.

Namun mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik.

Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Saksikan filem komedi seram, Hantu Ke Lima yang akan berada di ‘pawagam rumah anda’, Astro First hari ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.