Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pak Azad Berani Sahut Cabaran Pinjam RM100 Daripada PMX, Tapi Lain Pula Jadi…

Asyikin Mayudin
11/10/2023 13:55 MYT
Trend lagu ‘Pinjam 100’ yang diubah dari single asal Tragedi Oktober dan Nurnilam Sari nyanyian Datuk Awie masih menjadi pilihan netizen di media sosial.

Terbaharu, penyampai radio segmen 3 Pagi Era iaitu Azad Jazmin dicabar dua rakan setugasnya iaitu Nabil Ahmad dan Radin untuk mencuba pinjam RM100 daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyahut cabaran tersebut, Azad atau mesra disapa sebagai Pak Azad mempersiapkan diri dengan membuat latihan sebelum bertemu dengan PMX pada petang semalam.

Biarpun sudah beberapa kali berlatih, namun Pak Azad menerusi video yang dikongsikan di akaun rasmi Era FM kelihatan gugup apabila berdepan dengan PMX.

“Assalammualaikum Datuk Seri, saya daripada ERA. Ingat nak pinjam seratus Datuk Seri,” kata Pak Azad kepada PMX.

Bagaimanapun, disebabkan terlalu gugup, Pak Azad kemudian membetulkan ayatnya dengan menambah dia ingin meminjam 100 kata-kata semangat daripada PMX.

Biarpun cabaran meminjam RM100 tidak berjaya, rata-rata memuji Pak Azad yang dilihat sopan dalam berhadapan dengan Perdana Menteri, selain berani menyahut cabaran yang diberikan kepadanya.

Walaupun gagal, Pak Azad dilihat sempat menyalurkan sumbangan derma 100 untuk Tabung Gaza.

BACA SINI: Awie Cabar Nabil Pinjam RM100 Dekat Tok Ram, Netizen Komen - “Amacam Haji, On Tak On?”

undefined
#Nabil Ahmad #Era FM #Radin #Azad Jazmin #Datuk Seri Anwar Ibrahim #Pak Azad #3 Pagi Era #Pinjam RM100 #PMX
;