Laman Utama
Pak Cik Berserban Cekik Pekerja Kedai Tegur Tak Pakai Pelitup Muka, Sudah Ditahan Polis!
Seorang lelaki yang tular kerana mengugut dan mencekik seorang pekerja di sebuah premis perniagaan di Senawang, sudah ditahan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek ditahan kira-kira jam 10 malam (Ahad) bagi membantu siasatan kes yang berlaku di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang.
"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa berusia 22 tahun yang juga pekerja kedai pada jam 12.33 tengah hari Ahad.
"Hasil semakan lanjut dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi (Ahad) itu mendapati mangsa menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan," katanya dalam sebuah kenyataan.
Mengulas lanjut, Mohd. Said berkata, suspek akan di bawa ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Isnin untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506 atau 323 Kanun Keseksaan.
"Suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)," katanya.
"Suspek juga akan dikenakan kompaun kerana gagal patuh SOP," katanya.
Terdahulu, kejadian yang berlaku di kedai Mas Bukti di Senawang itu menjadi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Menerusi video berdurasi 1 minit 16 saat itu, memaparkan tindakan seorang lelaki berbaju putih dan berserban berang dan mencekik seorang pekerja di sebuah premis perniagaan kerana menegurnya yang tidak memakai pelitup muka.
Must-Watch Video