Laman Utama
Pak Mail Bantu Warga Kluang Guna Duit Simpanan - "Hak Kita Ini Pahala Yang Kita Sedekah ..."
Seorang peniaga jemput-jemput, Ismail Bakar, 74, nekad untuk membantu orang dalam kesusahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
Walaupun kehidupannya hanya bergantung pada hasil niaga, Pak Mail tetap membantu dengan menggunakan wang simpanan.
"Saya pergi ke kedai, saya tengok ada seorang itu datang dalam keadaan yang susah.
"Kasihannya. Saya dah tak ada beras dah takda apa lagi dekat rumah.
"Saya selalu mendengar ustaz ataupun membaca Al-Quran. Siapa yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah, Allah akan memberi ganjaran yang banyak sekali pahalanya.
"Duit yang kita dapat, rezeki yang kita dapat, bukan hak kita seorang. Hak orang ramai.
"Hak kita ini pahala yang kita sedekah, itu hak kita. Duit ni bukan hak kita," katanya menerusi The Amazing Malaysian Heroes.
Sehingga kini, Pak Mail masih meneruskan amalan membantu golongan memerlukan di kawasan Kluang, Johor.
Untuk mengetahui kisah penuh Pak Mail, boleh tonton di Youtube Astro Gempak.
Must-Watch Video