Pak Nil Berkongsi Rezeki Sempena Aidilfitri, Siap 'Transfer' Dalam Akaun Ridzuan Puzi

Elrafaei Sapi
Jun 19, 2018 08:06 MYT
Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan orang lain samnbil meraikan Aidilfitri.
Menariknya, Pak Nil membuat kejutan dengan memberi duit raya pada kanak-kanak di satu kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perhentian Machap, Johor, semalam.
Dalam video yang dimuat naik di Instagramnya, ramai kanak-kanak tidak melepaskan peluang bersalam dan mengambil duit raya daripada Pak Nil.
Satu lagi video menunjukkan Pak Nil turut memberikan duit raya kepada kakitangan Hard Rock Cafe di Melaka.
"Berbagi rezeki dgn pelayan Hard Rock Cafe Melaka yg sayang dan layan #paknil penuh kasih sayang. Tkasih semua.Selamat Hari Raya," katanya.
Aksi Pak Nil itu turut menarik perhatian netizen apabila beliau mengadakan sidang video dengan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi.
Pak Nil menawarkan jumlah duit raya kepada atlet itu sebelum membuat pemindahan wang ke dalam akaun wira negara itu.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
#Aznil Nawawi #Pak Nil #Aidilfitri