Laman Utama

Pak Nil Cabar 12 Influencer TikTok Dalam Raja Viral!

Syafiqah Jalal
30/11/2022
05:13 MYT
Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil mencabar 12 influencer atau pempengarah TikTok dalam program reality terbaharu iaitu Raja Viral!
Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia, AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi dengan selebriti kredibel, Datuk Aznil Nawawi berserta aplikasi media sosial tersohor, TikTok untuk menerbit siri kandungan digital interaktif yang berjudul Raja Viral.
Aznil seorang pengacara dan pelakon popular, selaku pencipta bersama siri Raja Viral yang akan memulakan siarannya di saluran TikTok AEON Retail Malaysia dan YouTube AEON Malaysia bermula 2 Disember ini.
Raja Viral akan menyaksikan seramai 12 pempengaruh TikTok berusaha menyiapkan tugasan diberikan selama 8 minggu untuk berebut hadiah wang tunai RM80,000.
Menariknya,sebahagian besar peserta mula berjinak dalam dunia TikTok sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara dengan menghasilkan kandungan video kreatif sehingga tular.
Sepanjang pertandingan, peserta dikehendaki mencipta kandungan video baru mengikut tema berbeza setiap minggu seperti mengedit, ulasan makanan, resepi inspirasi dan juga parodi.
Mereka akan dibimbing oleh Datuk Aznil yang juga mentor dan juri utama Raja Viral untuk menjadi duta jenama yang lebih baik. Selain itu, AEON akan menyediakan 3 sesi bengkel yang dikendalikan TikTok Creative Lab untuk semua peserta.
Menurut, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen menerusi Raja Viral, AEON menyasarkan pendekatan untuk merapati konsumer di kalangan generasi muda yang amat aktif di atas talian untuk memperolehi sumber hiburan dan informasi.
“AEON juga berazam untuk mengembangkan komuniti pencipta digital yang boleh mengubah impak tular kepada positif terhadap orang ramai,” katanya.
Berikut 12 pempengaruh TikTok yang menyertai siri Raja Viral:
1. Daing Iskandar Mohd Tahir - https://www.tiktok.com/@daing.ellando 2. Ahmad Safwan Abdul Malek - https://www.tiktok.com/@apanmalek 3. Mohd Daud Suhaimi - https://www.tiktok.com/@daudreny46 4. Nur Fatihah Kamal - https://www.tiktok.com/@tiyakamal2 5. Mohammad Shohaimi @ Mr Wong - https://www.tiktok.com/@tokmiewong 6. Rusydi Sayuti Rosli - https://www.tiktok.com/@rusydi.official 7. Tunku Zarizah Tunku Zahrin - https://www.tiktok.com/@kuzamieza 8. Izzat Haikal Abdul Hakim - https://www.tiktok.com/@_ijathaikal 9. Fazza Syahir Mohd Zulkifli - https://www.tiktok.com/@fazza.ellando 10. Nur Salynata Salim - https://www.tiktok.com/@salynata 11. Muniswaran Harirama - https://www.tiktok.com/@muniswaranharirama 12. Muhammad Khuzaimie Lemat - https://www.tiktok.com/@abang_panda4.0
Nantikan siri Raja Viral setiap Jumaat di YouTube AEON Malaysia dan TikTok AEON Retail Malaysia mulai 2 Disember ini.
Episod Finale yang mengumumkan pemenang Raja Viral akan disiarkan secara langsung di TikTok di bulan Februari 2023. Raja Viral dijayakan dengan sokongan Birds of Paradise dan Carrie Junior selaku penaja utama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Beri Alasan Mahu Ke Coachella, Imran Bard Sedih Permohonan Visa Ke Amerika Syarikat Ditolak - “Bayar RM888 Just For The Interview”

gempak
25/07/2024
08:55 MYT
Pempengaruh dan pencipta kandungan, Imran Bard mendakwa dia terpaksa berputih mata apabila tidak berjaya ketika temu bual di pejabat kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, baru-baru ini.
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.
Berita

Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

gempak
22/07/2024
11:40 MYT
Personaliti media sosial Andika Putera atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera menegaskan tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Viral

Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”

gempak
22/07/2024
06:52 MYT
Pempengaruh media sosial, Elcah mendakwa suaminya telah diganggu oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka.
Viral

"Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

gempak
22/07/2024
04:25 MYT
Personaliti media sosial, Ananda Natasha mendakwa bekas suaminya yang juga seorang pempengaruh berlaku curang.