HIBURAN
Pak Nil Kagum Energi KRU Masih Berbisa, Sempat Ucap Terima Kasih Wujudkan Watak Profesor Klon - “Gergasi Sudah Kembali”
Pelakon dan pengacara, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil mencuri perhatian apabila menghadiri konsert GenKRU yang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kagum Energi KRU
Menerusi perkongsian di Facebook, Pak Nil meluahkan rasa bangga dengan penganjuran konsert yang berlangsung penuh gemilang tersebut.
“Ketepi Ketepi. Gergasi Sudah Kembali. Salute lah pada @kru.music @kru.bros @gen.kru 3 jam tak terasa dan diorang tak penat ya!
“Penghibur baru kena banyak belajar dari legendary Dato @norman.abdulhalim Dato @yusryabdhalim and soon to be Dato @edryabdhalim ,” tulisnya.
Dalam pada itu, Pak Nil sempat menzahirkan penghargaan kepada trio hebat itu kerana memilihnya memegang watak ikonik, Profesor Klon dalam filem sekuel Cicakman.
“Terima kasih sebab lahirkan watak Profesor Klon dalam cicakman 1 & 2,” tulisnya lagi.
Konsert GenKRU yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 3, 4 dan 10 Mei di Axiata Arena adalah sebuah sejarah baharu yang wajar dibanggakan dalam penganjuran konsert artis tempatan.
Kali terakhir mereka mengadakan konsert besar adalah pada 2018 melalui Konsert GenerasiKRU25 di Istana Budaya.