Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pakai Baju Raya Macam Nak Ambil Award, Peminat Tanya Macam Mana Nak Cedok Rendang? Che Ta Bagi Jawapan Padu!

Maliah Surip
27/04/2023 07:55 MYT
Bukan hal yang pelik apabila melihat Rozita Che Wan atau Che Ta dan seluruh keluarganya bergaya sakan di hari raya.

Tak ubah seperti pertunjukan fesyen secara maya, Che Ta, suami, Zain Saidin, dua anak bujang, Ammar dan Aniq serta anak perempuannya, Aaisyah Dhia, menyarung busana dengan pelbagai rekaan daripada pereka tempatan dan meriah berwarna warni.

Memulakan Syawal pertama dengan pakaian sedondon berwarna biru diikuti warna purple, kelabu dan merah, semua busana raya yang digayakan Che Ta dan keluarga menarik perhatian warganet.

Pada salah satu busana merah yang sarat dengan ropol, seorang netizen bertanya bagaimana pelakon cantik tersebut ingin mencedok rendang dengan pakaian sarat seperti itu.

Namun jawapan yang diberikan oleh Che Ta memang padu dan sempoi.

“Maid (pembantu rumah) kan ada,” jawabnya sambil meninggalkan emoji ketawa.

Selain Che Ta, penampilan Aaisyah turut menarik perhatian kerana dilihat semakin cantik dan tak kalah bergaya seperti ibunya.

Sementara itu banyak warganet yang meninggalkan komen gaya raya Che Ta tidak ubah seperti ingin menghadiri majlis anugerah.

Malah ramai yang mengatakan tidak sabar untuk melihat baju apa lagi yang akan dipakai oleh Che Ta sekeluarga pada hari-hari mendatang.

#Che Ta #Fesyen #Rozita Che Wan #Netizen #Raya
;