Hiburan
Pakai Baju Sama Macam Putera William & Putera George, Anak Anzalna Nasir Curi Hati Netizen
Anak lelaki pelakon Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees mencuri tumpuan wargamaya apabila tampil segak dengan pakaian yang sama seperti putera keluarga Diraja Britain.
Menerusi laman sosial Instagram, Anzalna memuat sekeping foto anaknya mengenakan kemeja putih bersama seluar pendek merah, sama seperti yang dipakai Putera William sewaktu kecil serta anak lelaki Putera William, Putera George.
“Belikan @mohamadeidress baju yang sama daripada jenama yang sama dipakai oleh Putera George di London sebab saya sukakan gaya mereka. Ketat sikit untuk dia sekarang, anak saya membesar dengan cepat!” tulis Anzalna menerusi ruangan kapsyen.
Penampilan Putera George menerusi kemeja putih dan berseluar merah itu dirakam sewaktu menghadiri majlis pembaptisan Diraja adiknya, Puteri Charlotte pada 16 Julai 2018.
Pakaian comel tersebut merupakan replika yang dipakai oleh bapanya, Putera William sewaktu menyambut kelahiran adiknya, Putera Harry di hospital pada tahun 1984.
Menjengah ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan Eidress yang dikatakan lebih comel berbanding dua kanak-kanak Diraja tersebut.
“Eidress paling comel!” komen seorang wargamaya.
“Eidress paling handsome antara semua,” puji seorang wargamaya.
“Comel dan hensem Putera Mohamad Eidress,” ujar seorang wargamaya lagi.
Foto Eidress bersama Putera William dan Putera George itu sehingga kini telah menerima hampir 24,000 tanda suka daripada pengikut Anzalna.
Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohammad Eidress pada 31 Mei yang tahun lalu.
Must-Watch Video