Pakai Balik Baju-Baju Lama Pelanggan Tak Ambil, Intip Gaya Hipster Pasangan Veteran Ini

Amri Hassan
Julai 22, 2020 06:11 MYT
Cool habis! Sepasang suami isteri dari Taiwan, Wanji dan Xiue mencuri tumpuan dunia apabila tampil bergaya di Instagram persis selebriti.
Wanji, 83, dan Xiue, 84, mengusahakan perniagaan dobi sejak 10 tahun lalu.
Jadi, pasangan itu memanfaatkan pakaian pelanggan yang tidak diambil sejak sekian lama untuk digayakan semula dengan sentuhan tersendiri.
Idea untuk menggayakan semula pakaian lama itu muncul dari cucu mereka yang melihat Wanji dan Xiue kebosanan.
Buktinya, gaya pasangan emas ini berhasil dan mendapat pujian netizen seluruh dunia.
"Mereka menginterpretasikan fesyen dan membuktikan usia bukan penghalang untuk bergaya walaupun menggunakan pakaian lama.
"Ini juga satu pesanan kepada pelanggan agar jangan lupa ambil baju di laundry," tulis seorang pengguna.
Kini, Instagram milik mereka @wantshowasyoung meraih lebih 71 ribu pengikut sejak dibuka pada 27 Jun lalu.
Apa kata jom layan gambar-gambar hipster Wanji dan Xiue ini!
#Viral #Fesyen #Viral #Baju Laundry