Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Pakai Balik Baju Kurung 7 Tahun Lepas, Netizen Puji Diana Danielle Pandai Jaga Badan

Amri Hassan 06/05/2019 | 04:09 MYT
Pelakon Datin Diana Danielle menarik perhatian ramai apabila menyarung semula baju kurung hijau yang pernah dipakai ketika sesi penggambaran kad jemputan kahwin sekitar tujuh tahun lalu.
Malah, Diana turut memuat naik gambar yang pernah dirakamkan bersama Farid Kamil dengan menyarung busana sama.
"Baju Kurung Hijau yang D pakai waktu shoot kad kahwin dipakai semula untuk sesi membuat kuih tradisi Melayu...
"So nampaknya Ramadan ni D boleh hidangkan kuih sendiri untuk berbuka ni, wah mak exaiterd gilerz!
"Kalau pandai, cuba teka kuih ape D buat? #bulatbulat #bijibijan #kelapagulamerah .
"Swipe to the last pictures to see Babah and Ibu’s wedding pics, can't believe it’s been 7 years!" tulisnya menerusi entri di Instagram.

Baju Kurung Hijau yg D pakai waktu shoot kad kahwin dipakai semula utk sesi membuat kuih tradisi melayu... so nampaknya Ramadhan ni D boleh hidangkan kuih sendiri utk berbuka ni wah mak exaiterd gilerz! Kalau pandai, cuba teka kuih ape D buat? #bulatbulat #bijibijan #kelapagulamerah . (Swipe to the last pictures to see Babah and Ibu’s wedding pics, cant believe it’s been 7 years!)

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Perubahan badan Diana yang tidak ketara biarpun sudah punyai dua anak itu mendapat pujian daripada peminat.
Malah, ada yang memuji Diana yang katanya kelihatan awet muda dan semakin berseri-seri.
"Seriously 7 tahun? Nampak makin mudalah D," puji salah seorang pengguna.
"Wow 7 years tapi still muda macam dulu," tambah pengguna lain.
"7 years boleh lagi pakai baju tu. Kalau aku sekarang nak dibandingkan dengan dulu..." sahut pengguna lain pula.
#Kad Kahwin #Datin Diana Danielle #Baju Kurung
;