Laman Utama

Pakai Bandana Ganti Tudung, Netizen Beri Teguran Ameera Khan On-Off Berhijab - “Hmm, Tak Faham.. Keliru”

gempak
Azwa Rahman
12/04/2022
23:05 MYT
Sponsor Banner
Pakai Bandana Ganti Tudung, Netizen Beri Teguran Ameera Khan On-Off Berhijab - “Hmm, Tak Faham.. Keliru”
Adik kepada selebriti Neelofa yang juga merupakan pempengaruh, Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya apabila mengenakan bandana sebagai pengganti hijab bagi menutup bahagian atas rambutnya.
Menerusi laman sosial Instagram, Ameera atau lebih mesra disapa sebagai Little Miss Khan (LMK) berkongsi foto tersebut bagi mempromosikan sebuah jenama mewah terkenal antarabangsa.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ameera yang selama ini berhijab hanya mengenakan bandana dan mempamerkan rambutnya yang panjang mengurai.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan teguran buat Ameera untuk istiqomah menutup aurat di bulan Ramadan ini, mengikut jejak langkah kakaknya.
Tidak kurang juga ada yang turut menyatakan rasa keliru dengan imej ‘on-off berhijab’ gadis berusia 22 tahun itu memandangkan dia sendiri mengesahkan dirinya sudah memakai tudung sekitar Mac tahun lalu.
But why?? Semoga kekal istiqomah,” komen seorang wargamaya.
“Sikit lagi nak tutup penuh. Semoga mendapat hidayah,” kata seorang wargamaya.
“Kami semua doakan LMK akan berhijab sama macam kakak dia Neelofa. Doa guys, bulan Ramadan ni. Ramai doa, Allah makbul. Dapat pahala,” ujar seorang wargamaya.
“Kadang confuse lah on off hijab ni. Be yourself please,” tegur seorang wargamaya.
“Pesen apa pula ni baby. Moga baby ikut jejak langkah Neelofa,” kata seorang wargamaya.
“Hmm tak paham aku, confuse,” tulis seorang wargamaya.
Slow-slow bukak bukan slow-slow tutup,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 28,000 tanda suka daripada wargamaya.
Pada 26 Mac tahun lalu, Ameera tampil dengan imej berhijab penuh dan merasakan perubahannya itu lebih tenang dan sempurna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live