Penyanyi, Haqiem Rusli menjadi perhatian netizen selepas berkongsi video masakan Kway Teow Chinese mengikut caranya sendiri.

Namun apa yang menarik adalah gelagat Haqiem di dapur yang sedikit kelam kabut tetapi kekal tenang membuatkan netizen terhibur.

Bukan itu sahaja, Haqiem yang memakai pelindung muka (face shield) dan mengulas mengenai cara masakannya dengan suara mendatar juga menyebabkan netizen geli hati.

Disebakan nada suaranya itu, ada netizen menggelarkannya sebagai Nobita iaitu karakter dalam anime popular berjudul Doraemon.

Antara komen yang diterima adalah:


Dalam pada itu, Haqiem di Instagramnya menyatakan hasrat untuk melakukan satu lagi masakan di masa akan datang dan meminta netizen mencadangkan hidangan kegemaran mereka.

“Selamat datang ke dalam program ‘Saya memasak,saya yang makan’, suara itu hanyalah lakonan sahaja, suara sebenar saya garau macam Zul Ariffin.

“Saya masak Kuey Teow Chinese, kalau korang nak cuba silakan, saya set up yang simple dan mudah sahaja.

“Korang boleh request next nak saya masak apa di ruangan komen, sebab kenapa kena komen? Sebab boleh dik. Tapi macam nak masak tomyam,” tulisnya.

A post shared by ???????- ?????????? (@haqiemrusli98_)