Hiburan

"Pakai Kain Batik Pun Kena Kecam" - Didakwa Sengaja Tayang Buah D*da, Sajat Sekali Lagi Cetus Kontroversi

gempak
Hanafis Haris
17/07/2020
08:50 MYT
Sponsor Banner
"Pakai Kain Batik Pun Kena Kecam" - Didakwa Sengaja Tayang Buah D*da, Sajat Sekali Lagi Cetus Kontroversi
Usahawan kosmetik popular, Nur Sajat Kamaruzzaman sekali lagi mengundang perhatian netizen apabila memuat naik beberapa gambarnya berkemban menyarung kain batik.
Gambar itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Menerusi satu daripada posting tersebut, Sajat menyifatkan pemakaian batik melambangkan warisan Melayu.
Malah, Sajat turut menjelaskan cara pemakaian tersebut merupakan cara pakaian orang dulu-dulu.
"Orang dulu-dulu memang suka berkemban. Saya ikut cara orang dulu-dulu.
Biarpun begitu, Sajat dilihat telah diasak dengan kecaman daripada netizen yang menyifatkan cara pemakaian itu tidak lain hanya sekadar untuk memaparkan bentuk buah dadanya.
"Pakai kain batik pun kena kecam sabar je lah," katanya lagi.
Terdahulu, tindakan Sajat yang terlampau terbuka berkongsi cara hidupnya dengan mengenakan pakaian menjolok mata mengundang rasa kurang senang ramai pihak.
BACA: Bonda Rozita Tegur Sajat Pakai Bikini
Malah, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri memberikan kuasa kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk menangkap dan mentarbiah golongan transgender.
BACA: "Tak Mahu Tangkap Tapi ..." - Isu Transgender, Menteri Hal Ehwal Agama Bersuara
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live