Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Pakai Kebaya Di Rumah Terbuka, Bunga Citra Lestari Dipertikai Netizen?

Asraf Aided 10/06/2019 | 11:14 MYT
Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari berkongsi foto mengenakan sepasang kebaya ketika mengadakan rumah terbuka sempena musim perayaan baru-baru ini.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Isteri kepada aktor Ashraf Sinclair ini telah mengundang pertikaian netizen yang bercanggah pendapat mengenai pakaiannya di ruangan komen.
Terdapat netizen dari Indonesia mencadangkannya memakai pakaian tradisional Indonesia, ada juga yang berpendapat kebaya yang dipakai Bunga itu turut melambangkan identiti negara asalnya.
Terdahulu, Ashraf dan bunga telah berkahwin pada November 2008 di Jakarta.
Hasil perkahwinan itu, pasangan romantik ini dikurniakan seorang cahaya mata, Noah pada tahun 2010.
#Bunga Citra Lestari