,
Laman Utama

Pakai Korset & Tukar Warna Rambut, Billie Eilish Baru Rasa Macam Wanita Sejati

Maliah Surip
04/05/2021
09:45 MYT
Penyanyi fenomena Billie Eilish tampil mengejutkan saat menjadi wajah cover majalah terkenal antarabangsa, Vogue.
Hal ini kerana, buat pertama kalinya, dunia menyaksikan gadis berusia 19 tahun yang telah mencetak banyak sejarah termasuk menjadi penyanyi paling muda pernah memenangi anugerah Grammy ini tampil berbeza.
Eilish tidak memakai pakaian longgar dan menyembunyikan bentuk badannya seperti selalu.
Namun, pelantun lagu Ocean Eyes itu tampil perdana kali memakai korset; mengikut tema photoshoot yang dijalankan bersama majalah tersebut.
"Aku baru rasa seperti seorang wanita sejati", katanya ringkas mengenai penampilannya seperti dilaporkan Vogue.
Menurut Eilish, dia tidak pernah berpakaian sedemikian (korset), apa lagi untuk tatapan umum.
"Secara umum, aku tidak pernah berpakaian seperti ini (korset). Tapi ya, hanya di kamar untuk diriku sendiri," tambahnya.
Penampilan baharunya dengan fesyen rambut yang sudah tidak lagi berwarna hijau dan hitam seperti selalu antara lain memberi indikasi dirinya bersedia untuk muncul dengan material terkini. Dia juga memaklumkan akan keluar dengan album baharu yang diberi judul Happier Then Ever pada 30 Julai 2021.
Imej baharu yang ditonjolkan, kata Eilish adalah sebagai transformasi seorang remaja yang pernah mengalami depresi sejak kecil, tiba tiba terjun ke dunia seni dan menjadi fenomena; yang selama ini disorokkan di sebalik pakaian besarnya.
Malah dia juga mengaku, sengaja berpakaian besar dan longgar kerana bencikan perutnya. Dia menggelarkan perasaan tersebut sebagai deepest insecurity.
"Jujurnya aku tidak suka perut aku, itulah sebabnya (berpakaian longgar)," katanya.
Namun itu tidak bermakna dia tidak mempunyai keyakinan diri dan mempersoalkan mengapa perlu memakai korset jika berasa positif dengan penampilan sendiri.
"Jika kau jenis percaya diri, mengapa perlu memakai korset? Kenapa tidak dedahkan sahaja bentuk badan yang asal?
"Untuk aku, aku lakukan apa yang ingin dilakukan. Apa yang penting adalah bagaimana ia mampu membuat kita bahagia.
"Kalau mahu lakukan plastic surgery, lakukan. Kalau nak pakai gaun, pakai walaupun ada yang tidak menyukainya.
"Tapi kalau kau rasa ia bagus, ia akan bagus," katanya.
Kredit Foto: Vogue Instagram: @billieeilish
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Datuk Zainalabidin 40 Tahun Menyanyi Tak Pernah Miming: “Saya Penyanyi Bagus…”

gempak
09/10/2024
20:35 MYT
Datuk Zainalabidin adalah seorang penghibur yang telah melontarkan vokal bertenaganya sejak sekitar tahun 1970-an.
Hollywood

Boyz II Men Kembali Ke Kuala Lumpur Tahun Depan!

gempak
09/10/2024
19:40 MYT
Kumpulan legenda R&B, Boyz II Men akan kembali ke Kuala Lumpur sempena Boyz II Men Live In KL di Megastar Arena pada 25 Mei 2025.
Hiburan

Perkongsian Foto Hitam Putih Buat Peminat Risau, Aweera Akui Alami Kemurungan - "Terus Terang Saya Agak Murung Selepas..."

gempak
09/10/2024
18:55 MYT
Penyanyi Aweera tampil menjawab spekulasi netizen susulan perkongsianya di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Kongsi Foto Hitam Putih, Kapsyen ‘Mahu Pergi Jauh’… Aweera Cetus Tanda Tanya Peminat- “Ni Yang Aku Seram Ni”

gempak
08/10/2024
04:55 MYT
Penyanyi Aweera mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.
Hollywood

Beckham Beli Rumah RM370 Juta, Ada 13 Tandas, Kolam Renang Infiniti & Dok Kapal Peribadi

gempak
06/10/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal luar biasa apabila pasangan selebriti David Beckham dan Victoria dilaporkan dalam urus niaga membeli sebuah mahligai di Miami, Florida.
BorakSeeni