Pelakon Faezah Elai menegur sikap sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan menggunakan namanya untuk melariskan perniagaan tudung labuh.

Faezah menerusi coretan di akaun Instagramnya memberitahu pada mulanya dia tidak mengambil pusing perkara itu namun apabila dibiarkan isu berkenaan menjadi semakin teruk.

Tambah Faezah lagi, ada juga segelintir pembeli mula mendakwa ditipu sebaik sahaja membeli tudung berkenaan.

“Saya rasa bersyukur bila ada orang habaq yang ramai bertudung labuh lepaih tengok cheq pakai. Jadi ramai yang keluaqkan tudung style ala-ala Faezah Elai. Sudah tentu saya perasan ada diantara kamu menggunakan nama saya untuk menjual tudung.

“Sebab saya masih berdiam diri adalah kerana saya sangat gembira apabila ramai yang sudah mula menutupi bahagian dada mereka. Jika sebab Faezah Elai lah ramai yang bertudung labuh, cheq sangat bersyukur pada Mu Ya Allah.

“Tapi disebabkan macam banyak sangat DM, jangan kata kat cheq saja, habih satu keturunan cheq ampa DM dok tanya macam mana nak jadi agen atau stockist Tudung Faezah Elai…

“Cheq Faezah Elai nak habaq, cheq takdak perniagaan tudung yang ampa dok nak jadi stockist atau agen. Ramai yang merungut kata kena tipu, beli yang tak original. Ada yang tanya macam mana nak tahu ori atau palsu.

“Tak kisahlah tudung jenama apa pun ampa nak pakai, tapi kalu dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh,” tulisnya.

Pls baca sampai habih.. I’m so grateful bila ada org habaq,yg ramai bertudung labuh lepaih tgk cheq pakai.. So ramai yg keluaqkan tudung style ala2 Faezah Elai.. Of course i’m aware that some of you used my name to sell ur tudung,the reason i keep quiet is because,i’m happy to see that everyone now start to cover their chest.. Jika sbb Faezah Elai lah ramai yg bertudung labuh,cheq sgt bersyukur pd mu Ya Allah.. . Tpppp Disbbkan mcm byk sgt dm,jgn kata kt cheq saja,habih satu keturunan cheq ampa DM dok tanya mcm mana nk jd agen or stockist Tudung Faezah Elai.. nasib baik Tok Minah cheq kt kontohol yg umoq 90 tahun tu tkdak Socmed,klu dak ngan dia sekali ampa Dm.. Cheq Faezah Elai nk habaq,cheq tkdak business tudung yg ampa dok nk jd stockist or agen.. Ramai yg complain kata kena tipu,beli yg tk original.. ada yg tanya mcm mana nk tau ori atau fake.. . Tk kisah lah tudung jenama apa pon ampa nk pakai,tp klu dulu pakai yg pendek skrg yg labuh,Alhamdulillah kita menang.. sama2 kita istiqomah.. Cheq mmg pakai tudung labuh ni disbbkan cheq nk pakai bukan sbb cheq jual.. . So all this while yg ampa dok tgk cheq pakai tudung labuh jenih ni,is from @properhijab and @properhijab dont belong to me.. owner dia pon cheq tk dan jumpa lg.. So klu boleh ampa tlg lah habaq kt kwn2 ampa yg dok beli Tudung Faezah Elai tu supaya depa tk kata cheq ni menipu sbb cheq tkdak business tudung.. klu ada cheq sendiri akan habaq.. . Jd kt sini,tk kesah lah ampa nk pakai jenama apa pon,harga berapa pon,as long as menutup dada pon dh Alhamdulillah.. Cuma for seller,klu ampa nk buat tudung mcm cheq pakai pon,habaq lah Tudung inspiration Faezah Elai,ka Tudung ala2 Faezah Elai ka.. Jgn lah ampa boh Tudung Faezah Elai,sbb cheq tk bok keluaq tudung pon,kesian org yg kena tipu.. . Really sorry i have to bring up this matter sbb mcm parah nk jd barah dh.. tp apa pon tq tq tq sgt to all of u yg decide labuhkan tudung lepaih tgk cheq pakai.. Alhamdulillah and jom kita teroih istiqomah.. Amin.. . #cheqtakdaktudung #properhijab #ootd #myootd #ootdfaezahelai #faezahelaiootd #hijab #hijabi #hijabista #hijabfashion #hijabstyle #faezahelai #feelingblessed #alhamdulillah

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on


Menerusi entri itu, Faezah juga menegaskan dia tidak mempunyai sebarang perniagaan tudung seperti didakwa sesetengah pihak.

“Alhamdulillah kita menang, sama-sama kita istiqomah. Cheq memang pakai tudung labuh ni disebabkan cheq nak pakai bukan sebab cheq jual.

“So kalau boleh ampa tolonglah habaq kat kawan-kawan ampa yang dok beli Tudung Faezah Elai tu supaya depa tak kata cheq ni menipu sebab cheq takdak perniagaan tudung. Kalau ada cheq sendiri akan habaq.

“Jadi kat sini tak kesahlah ampa nak pakai jenama apa pun, harga berapa pun, as long as menutup dada pon dah Alhamdulillah,” tulisnya.

Terdahulu, Faezah merupakan antara artis yang dipuji netizen kerana berpenampilan sopan selain mengenakan tudung labuh.