“Pakai Maskot, Silap Jalan, Silap Kedai Rupanya…” – Terharunya Bila Fad Buat Surprise Birthday Untuk Isteri Tersayang

Mya Amri
Oktober 22, 2019 09:58 MYT
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman meluahkan rasa terharu dengan usaha suaminya yang merancang kejutan majlis hari jadi buat dirinya.
Menurut Syahirah atau lebih mesra dengan panggila Syeera, dia tidak menyangka dan terkejut kerana suaminya itu sanggup menyamar sebagai maskot dan memberikan bunga ros kepadanya.
Tidak cukup dengan itu, Syeera juga tidak dapat menggambarkan perasaannya sebaik sahaja tiba dilokasi ‘rahsia’ majlis hari jadinya.
Perkara itu diluahkan Syeera menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
“MasyaAllah what a wonderful birthday I had this year. Daddy, mommy tak hidu apa langsung tahun ni sebab selalunya dia buat kerja mesti kantoi. semalam rupanya dia cuti pun tak tahu langsung sebab dia bangun keluar pi kerja macam biasa.
“Rupanya dah ada plan pakai masscott hantarkan hadiah, dia tunggu bunga ros siap. Tepat ja pukul 1 lebih memang patutnya timing dia balik kerja la.
“Ting tong, terpacak la masscot unicorn depan rumah. Yang kita ni pun tanya la siapa hantar. Dia cakap Fad hantar tapi Fad tak balik lagi. Elok pusing belakang dia buka kepala ya Allah dia yang dalam unicorn tu.
“Then malam dia just cakap saya bawa awak dinner. Kita bawa semua, mama, abah dengan anak-anak so kita ikutkan je lah.
“Mana dengan silap jalan, pastu dah sampai kedai silap kedai pula. Lepas tu jauh kedaung nak jalan ke restoran yang betul.
“Terpacak ja depan tu I can see the decorations yang cantik and my friends there! Padahal semua cakap meeting la busy la, yang Fad cakap depa ambik barang la,” tulisnya.
Tambah Syeera lagi, dia tidak dapat membalas jasa Fad sebaliknya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat suami tersayang.
“Daddy effort awak. Saya tak boleh nak balas benda yang sama tapi saya doakan awak dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.
“Special give tahun ni handbag. Awak tahu saya tak suka habiskan duit beli beg mahal-mahal. Saya tak pernah malu pakai beg murah-murah tapi saya hargai apa awak bagi.
“Saya tahu awak suka tengok saya pakai beg macam tu tapi saya lagi suka tengok awak dengan anak-anak mewah dari saya. Saya tak minta benda lain selain doakan saya jadi isteri yang baik, solehah dan awak selalu ada untuk kami.
“Memang sifat manusia selalu tak bersyukur, selalu merungut, selalu cakap suami itu lah ini lah tapi jauh disudut hati awak tetap nak bahagiakan saya.
“Saya harap kita bahagia sampai ke syurga. Terus jadi ketua keluarga yang dapat bimbing saya dan anak-anak.
“Terima kasih daddy untuk segalanya, terima kasih masih sabar layan karenah saya. First time saya rasa awak letih sangat sampai tertidur dekat sofa. Dari pagi bawa ke petang sampai lah ke malam. Hanya Allah dapat balas jasa awak.
“Buat para suami, bukan nilai hadiah yang kami minta. Cukup dengan kasih sayang, layanan yang baik dan hargai kami sebagai isteri,” coretnya.
Terdahulu, Syeera dan Fad telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
#Pelawak #Fad Bocey #Birthday