Laman Utama

"Pakai Niqab Properlah, Kalau Rimas Tak Payah Keluar Rumah!" - Fynn Jamal Pesan Niqabis Pakai Pelitup Muka Di Sebalik Purdah

gempak
Amri Hassan
24/05/2021
11:55 MYT
Sponsor Banner
"Pakai Niqab Properlah, Kalau Rimas Tak Payah Keluar Rumah!" - Fynn Jamal Pesan Niqabis Pakai Pelitup Muka Di Sebalik Purdah
Bekas penyanyi Fynn Jamal meminta wanita berpurdah agar mengikut saranan pihak berkuasa untuk memakai purdah dengan pelitup muka pada sebelah dalam.
Kata Fynn, pemakai niqab azalinya akan membataskan banyak pergerakan terutamanya makan dan minum.
"Yang risau pakai mask sebab nampak tak cantik sebenarnya tak adalah nampak sangat melainkan duduk depan-depan, memang nampak macam predator.
"Bukan susah sangat pun, kalau dah pakai niqab kita tahu semua benda susah. Nak makan burger susah, nak makan sup depan-depan orang susah. Macam-macam susah kalau pakai niqab ni.
"Tapi kita tahu nak pakai niqab jadi kita akan pakai properlah. Kalau rasa rimas niqab dan mask, then tak payah keluar rumah," sarannya.
Tambah pelantun lagu Arjuna Beta itu lagi, pemakai niqab sepatutnya tahu tatacara bagi mengelakkan bahagian aurat wanita terpelihara dan tidak kelihatan bentuk apabila berada di luar.
"Lagi satu bukan semata-mata pakai niqab je, yang pakai mask kain tu dalam kena pakai surgical mask. Common sense kot.
"Kalau tak ada mask pun, niqab patut boleh cover muka. Kalau pakai niqab pastikan tak nampak bentuk dan lekuk.
"Andainya kalau pakai niqab tapi masih nampak bentuk mungkin kena tukar material atau cutting. Pastikan kita faham niqab sebelum betul-betul nak ikuti gaya hidup ini," nasihatnya.
Kata Fynn lagi dia sendiri kerap menjalani aktiviti harian termasuk bersukan dengan berniqab.
"Untuk yang belum berniqab dan sering menggunapakai kesian orang berniqab kena pakai berlapis-lapis tak selesa; chill. Jangan risau please, kami ok sahaja.
"Setakat bertahun ni, aku marathon, main basikal, main badminton semua pakai niqab. Alhamdulillah belum pernah sesak nafas walau sekali.
"So apalah sangat pakai niqab di atas mask dalam keadaan tak bersukan ni. Pastinya jauh lebih mudah.
"Apa pun, sentiasa check dan recheck niat segala ibadah kita. menjaga aurat itu tidak setakat berselubung, tapi membuang segala lekukan sama. Paling penting, aurat tidak sekadar yang terzahir mata," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024