Laman Utama

Pakai Niqab Tanpa Pelitup Muka Adalah Salah - Ismail Sabri Yaakob

gempak
Azwa Rahman
23/05/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
Pakai Niqab Tanpa Pelitup Muka Adalah Salah - Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak memakai pelitup muka meskipun telah memakai niqab merupakan satu kesalahan mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Menurut beliau, pemakaian niqab tidak boleh menjadi alasan untuk tidak memakai pelitup muka.
Selain itu jelasnya, hal ini kerana pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan di bawah akta berkenaan.
“Tetapi untuk tambahan, boleh memakai face shield (topeng muka), itu sebagai tambahan, begitu juga niqab dan sebagainya.
“Jadi kalau memakai topeng muka dan niqab dan tidak pelitup muka di dalamnya, ia tetap salah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada Sabtu.
Minggu lalu, Gempak melaporkan pengacara dan usahawan Noor Neelofa akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dalam masa terdekat untuk diambil keterangan berhubung laporan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka seperti mana diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sewaktu hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban.
BACA: Polis Siasat Neelofa Tak Pakai Pelitup Muka Hadir Ke Mahkamah
Kehadiran selebriti berkenaan ke mahkamah itu mendapat kritikan netizen apabila beberapa keping foto bidikan media yang tersebar memperlihatkan bayangan hampir separuh wajah Neelofa di sebalik niqab yang dipakai memperlihatkannya tidak memakai pelitup muka.
Sumber: Kosmo Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live