Selepas dikecam netizen kerana didakwa memakai baju ciplak, Awal Ashaari tampil dengan sebuah entri di Instagram (IG) dengan memakai baju Pagoda.

Menerusi entri tersebut Awal menulis kapsyen:

"Pakai pagoda takde sapa nak marah"

Terdahulu, Awal telah menggayakan baju berjenama Adidas Supreme ketika mengacarakan siaran langsung Melodi.

Netizen kemudiannya bertindak menyelar tindakan Awal kerana berani memakai baju yang didakwa tiruan itu.

Tidak mahu perkara tersebut terus berpanjangan, Awal kemudian memuatnaik foto resit pembelian baju tersebut.

"Salam. I've been getting a lot of comments about the Supreme tshirt I wore on @meloditv3 yesterday. Ia merupakan pemberian seseorang yg telah membelinya secara online, dan saya telah dikritik hebat kerana memakai baju cetak rompak di kaca TV. Here's the proof of purchase given to me and I demand @reebonzmy to clarify this matter ASAP. Is it real, or fake, or copy or what? "

Entri tersebut kemudiannya menjadi bualan netizen termasuk yang mendakwa pengacara tersebut telah ditipu.

Sementara itu Awal meminta pihak berkenaan menyiasat perkara tersebut.